5S Certification
VISI 5S
Menjadi sebuah organisasi yang mempunyai sistem pengurusan fail & aset yang sistematik serta menyediakan persekitaran yang kondusif melalui amalan 5S oleh warga College MCS
Ciri – Ciri 5S
SEIRI – SISIH
Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.
SEITON – SUSUN
Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas,mudah diambil dan disimpan semula.
SEISO – SAPU
Mencuci tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk di lantai,mesin dan peralatan.
SEIKETSU – SERAGAM
Seragamkan atau memelihara penyusunan sepanjang masa serta mudah mengamalkan Seiri-Seiton-Seiso.
SHITSUKE – SENTIASA AMAL
Berdisiplin & melatih pekerja mematuhi peraturan dan bertabiat baik di tempat kerja secara berterusan.
MISI 5S
- Merancang & menerap amalan 5S dalam Organisasi.
- Memupuk kesedaran 5S kepada staf & Pelajar.
- Memberi pengetahuan 5S kepada staf & pelajar.
- Memeriksa & mengukur pretasi 5S secara Berkala.
- Mewujudkan sistem pengurusan fail & aset yang sistematik.
- Mewujudkan persekitaran yang bersih, kemas & selamat.
OBJEKTIF 5S
- Mewujudkan tempat kerja yang bersih, kemas dan sistematik untuk keselesaan kakitangan.
- Meningkatkan kerjasama antara kakitangan dalam melaksanakan tugasan harian.
- Mewujudkan disiplin yang tinggi dan berhemah dikalangan kakitangan.
- Memastikan keselamatan ditempat kerja untuk setiap kakitangan.
- Meningkatkanmutu perkhidmatan kerja melalui penerapan budaya kaizen (inovasi).
Activities